Tak rugi bersabar...

Panjang berjela entri kali ni..

Aku paling tak suka bila org yang tak penah kenal aku tiba2 nak persoalkan kredibiliti (wahh kauu) atau keupayaan aku.

Kau dah la tak kenal aku, tiba2 nak memperlekehkan aku..

situasi pertama :

masa hari pendaftaran semester baru, tiba2 plak ade new rule, nak amek result kena tunjuk sijil MUET.
okay fine..2 kali kena aktif id baru bleh tengok result. okay la fine..ikot aje la..

aku jumpa akak admin, aku tak bawak sijil MUET, bla bla bla..die tetiba nak kata sijil yang lama2 semua akan expired tahun 2013 (die tak ckp bulan berapa). aku grad April 2013. akak tu kata kalo aku nasib baik, aku sempat grad before MUET aku expired. aku pelik..MUET untuk admission ke IPTA/S nih apehal plak kau nak guna utk grad??? die kata policy baru. aku tanya2 lagi psl tu..die smpai terkedu nak jawab. see tak prepare kan?? ini bermakna die pon tatau details..pastu main sebat je policy baru ape benda semua. aku tanya..die jawab "refer kat akak sane" ape benda kau ni?? tak buat keje ke?? research la dulu details..

pegi kat akak lain plak..die ckp benda yang sama. part yg paling cibai skali die tanya aku "awak yakin ke awal boleh grad on time??" Whatttt??? aku jawab la "insyaAllah"..
"awak yakin ke? kalo ade failed awak kena extend" 
"haa la kak insyaAllah saya yakin..setakat ni mmg takde failed. and saya tak plan pon nak extend" banyak kali lak tanye aku yakin ke? eh kau yang belajar ke aku yang belajar ni?? aku tau la result aku. seboleh2 nak suruh aku amek MUET lagi sekali.

bila aku check website Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sijil MUET yg dikeluarkan sebelum 2009 semua akan expired July 2013. Alhamdulillah..sempat aku grad on April and msuk 3rd phase MBBS on May. :)) akak admin tu tak cakap pon valid till JULY!! die pon tatau bila expired..

Situasi kedua :

hari yang sama..masa nak register subject plak kat mentor. tak print lagi result..mentor nak tgk result aku. sebelum2 ni tak bagi pon result, bleh je register.

die ckp die nak tgk result..aku ckp la nanti aku bagi. tapi saya nak tgk kot ade failed ke dia ckp. aku ckp InsyaAllah takde failed. die.."konfiden je awak ni"

e'ehhh mesti la konfiden miss...saya yg jawab exam..saya yang belajar. saya tau la camne result saya..walopon time tu aku tak tgk lagi. hahahaha. konfiden la..kalo bukan aku yg nak konfiden dgn diri sendiri..sape plak lagi??

paling rendah setakat ni adelah B je. tuh pon dah rasa nak hantuk2 kepala kat dinding..apesal aku bleh dpt B?? rasa dah rendah sgt tu..nak plak lagi 4 credit hours. rugi..rugi. tapi bersyukur la sbaik tak dapat C. mesti dr.mohanad dah tolong tuh..ntah2 aku dpt C, die dah naikkan..syukurrrr..

*********************************************************************************

cerita lain plak..malas nak buat byk2 post. case yang batch kitorang tak sempat nak sambung terus clinical year MBBS. sedihhhhhh amat mula2 masa dapat berita. terkejut!

tapi jauh di sudut hati aku ni, aku percaya dgn ketentuan Allah. aku ckp dalam hati, kalau ade rezeki ade la. kalau takde, cari jalan lain. lagi satu, Allah pasti ada rancangan yang terbaik untuk kita. time tu mcm2 la nih berfikir nak sedapkan hati.

setiap kali ada ujian mcm ni..mesti aku teringat cerita ustazah aku masa sekolah menengah dulu.
cite die camni..

anak ustazah aku ni..dah abes SPM time tu. apply la semua universiti. die memang nak sgt masuk universiti A. tapi offer letter yang sampai dari universiti B. die dah nangis2 la ni sbb tak dpt msuk universiti A. ustazah aku pun pujuk2..suruh sabar..ade hikmah nye tuh. beberapa hari lepas tu..datang plak offer letter dari universiti A. gembira la anak die ni. ustazah ckp "Allah tu nak uji sikit je hamba Dia, Dia nak tgk camne sabar ke tak kita ni" sampai sekrang aku ingat cerita ni. cerita ustazah ni mmg aku jadikan motivasi la setiap kali ade ujian mendatang.

jadi aku percaya dengan rezeki Allah. aku pon sabar je la. memang aku usaha push vice dean, push mentor..batch kitorg jumpa vice dean ramai2..diskusi semua. pastu doa..tak lupa. member aku dah ajak aku quit nak masuk MBBS first year balik. aku cakap..NO wayy..aku taknak start all over again. aku dah jauh ni..tak mungkin aku nak start from scratch. aku takut yang dikejar tak dpt, yang dikendong berciciran. plus, parents aku for sure tak bagi punya. aku ckp kat member tu, sabar je la..ade hikmah nye semua ni. kalo ko rasa worth nak start from scratch ko teruskan la. last2 die pon tak jadi quit.

ada la sebulan dua lepas tu, baru2 ni la..kitorang dpt news..batch kitorang bleh sambung clinical year terus. batch kitorg adelah yang terakhir. CONFIRMED. rasa nak menangis siot time tu. semua kesabaran kitorang terbayar. terus teringat ustazah aku. time kasih ustazah..cerita ustazah tu dah jadi motivasi untuk saya..srott srott *lap hingus*

ada aku cakap kat budak2 class aku, sbb kan diorang ni budak2 lagi..yang kurang pengalaman jatuh bangun mcm aku ni..(saket siot jatuh) kalo btul niat kita..mesti Allah bantu. takyah nak jumpa vice dean lagi dah. takyah nak kumpul depan office vice dean. hehehe

Semoga Allah terus memudahkan perjalanan kami semua..ameen~





0 Comments:

 

Setting Up Blog Using Blogger | Re-Design By NaNi™ © 2009 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher